16 February 2011

SITUASI: Hidung Berdarah


Hidung kita boleh berdarah dengan mudah apabila saluran darah kecil yang terdapat dalam hidung pecah. Ini kerana kedudukan saluran darah begitu hampir dengan permukaan.

Masalah ini biasanya berlaku sama ada sekali atau beberapa kali dalam sehari.


PUNCA HIDUNG BERDARAH

Selain itu, hidung berdarah juga terjadi apabila saluran darah mengalami jangkitan seperti:

  1. Selsema
  2. Suhu dalam badan terlalu tinggi
  3. Alahan
  4. Menghembus nafas terlalu kuat
  5. Kekeringan mambran mukus(selaput lendir) seperti merekah dan berkerak
  6. Berlakunya kecederaan seperti mengorek hidung jauh ke dalam atau patah hidung
  7. Tekanan darah tinggi atau sesuatu penyakit ketumbuhan.


CARA MERAWAT
1.Hentikan hidung berdarah dengan cara:
  • Picit secara lembut semua bahagian hidung dan bernafas melalui mulut. Lakukannya selama 10 minit tanpa berhenti.
  • Jangan baring. Bangun dan bongkokkan badan ke hadapan (jangan mendongak ke atas. Ini akan menyebabkan darah mengalir turun ke kerongkong).
  • Bersihkan darah dengan menggunakan tisu atau kain lembap.
  • Letakkan ais (hancurkan ais dalam kain yang bersih) ke dahi dan pipi.

2. Cegah hidung daripada berdarah semula:

  • Jangan menghembus hidung.
  • Jika hidung berasa kering dan berkerak, jangan korek. Nanti luka dan berdarah. Apa yang patut dilakukan ialah gunakan pelembap atau minyak bayi.

3. Berjumpa doktor:

  • Anda perlu memaklumkan kepada keluarga untuk berjumpa doktor sekiranya mengalami keadaan seperti:
  • Darah hidung mengalir laju atau kehilangan banyak darah.
  • Berasa hendak pitam atau pengsan.

Pasal hidung berdarah memang berlaku kat yuni. Di sebabkan alahan terhadap sesuatu benda. Yuni nie degil orang nya ais & asam memang yuni kalah. Kalu minum & makan benda2 tu alamat nya ada harapan lah nak dapat hidung berdarah.
Macam tengah hari tadi yuni mkn asam mase nak solat asar tadi hidung berdarah..Mmg best la nasib baik lah tak terkena kat telekung... Mak selalu pesan ngan mkan asam tp nak wat mcm mane kalu benda-benda mcm tu ada di depan mata dengan cuaca yang panas menyebab kan situasi di atas berlaku... Kalu yuni ada kat kampung mesti mak sibuk cari daun sirih nak letak kat hidung.. ape lah nasib.

Ingin mengetahui lebih mendalam mengenai Hidung Berdarah Klik SINI

No comments:

Post a Comment