13 February 2011

Pemberontakan merebak ke Algeria, Sudan, Yemen


ALGIERS 12 Feb. – Pemberontakan di Mesir yang menyaksikan Presiden negara itu, Hosni Mubarak meletak jawatan, kini merebak ke beberapa buah negara Arab yang lain termasuk di Algeria, Sudan dan Yemen.

Kira-kira 2,000 rakyat Algeria berarak di Algiers bagi mendesak kerajaan Algeria digulingkan.
Penunjuk perasaan tersebut merempuh sekatan polis mengakibatkan berlakunya pergelutan.

Di Yemen pula, beribu-ribu penunjuk perasaan yang mendesak kerajaan pimpinan Presiden, Ali Abdallah Saleh dibubarkan bertempur dengan penyokong kerajaan di Sanaa.

Pertempuran dilaporkan berlaku selepas sejumlah lelaki bersenjatakan pisau dan kayu memaksa kira-kira 300 penunjuk perasaan menghentikan demonstrasi menuntut pembubaran kerajaan.

Di Sudan pula, beribu-ribu penduduk berarak ke pejabat badan penyiaran rasmi kerajaan bagi menuntut pembentukan kerajaan baru.

Mereka berarak ke badan penyiaran tersebut selepas ia menyatakan sokongan terhadap kerajaan yang kini dipimpin pihak tentera. – Agensi

No comments:

Post a Comment