03 February 2011

Banjir: Ekspres Sinar Selatan, shuttle Gemas dibatalkan

2011/02/03

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan kereta api Ekspres Sinaran Sentral Kuala Lumpur-Singapura dan "shuttle" Gemas-Singapura dibatalkan hari ini, demikian menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). 

Dalam kenyataan bagi melaporkan status perkembangan perkhidmatan sehingga 2 petang ini, KTMB turut memaklumkan terdapat beberapa perkhidmatan yang dijadualkan semula perjalanannya.
Perkhidmatan yang terbabit ialah:
1. Ekspres Rakyat Butterworth-Singapura-Butterworth: 

(Perkhidmatan adalah dari Butterworth-KL Sentral-Butterworth sahaja) 

2. Ekspres Sinaran Selatan Singapura-KL Sentral-Singapura: 

(Perkhidmatan adalah dari Singapura-Labis-Singapura sahaja) 
3. Ekspres Sinaran Timur Singapura-Tumpat-Singapura: 

(Perkhidmatan adalah dari Tumpat-Gemas-Tumpat sahaja) 

4. Ekspres Senandung Sutera Singapura-KL Sentral-Singapura: 

(Perkhidmatan adalah dari Singapura-Labis-Singapura sahaja) 

5. Ekspres Senandung Timuran Singapura-Tumpat: 

(Perkhidmatan adalah dari Singapura ke Labis sahaja) 

6. Ekspres Senandung Timuran Tumpat-Singapura: 

(Perkhidmatan adalah dari Tumpat ke Triang sahaja) 

7. Perkhidmatan 'shuttle' Kuala Lipis-Singapura-Kuala Lipis: 

(Perkhidmatan adalah dari Kuala Lipis-Gemas-Kuala Lipis sahaja) 

Menurut kenyataan KTMB lagi, penumpang yang terjejas akibat pembatalan itu boleh membuat penukaran tarikh perjalanan atau menuntut pemulangan penuh tiket di kaunter KTM Intercity berhampiran. 

Kenyataan itu juga menyebut kerja membaik pulih di antara Batu Anam ke Segamat tidak dapat dijalankan kerana masih ditenggelami air. 

"KTMB memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan kerja-kerja pembaik pulihan landasan di kebanyakan kawasan terjejas telah dan sedang dijalankan," menurut kenyataan itu. 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di talian 1 300 88 5862. - BERNAMA ..











No comments:

Post a Comment