05 February 2011

Krisis Mesir: Kerajaan Tanggung Penuh Kos Pulangkan Rakyat Malaysia





Di sebalik pelbagai kekangan, fasa pertama Ops Piramid menyaksikan 3,600 rakyat Malaysia di Mesir dipindahkan berperingkat-peringkat, angka itu sehingga 6 pagi esok.

Malangnya ketika fokus menyelamatkan rakyat Malaysia itu dilakukan, di negara sendiri ada tangan jahat sebarkan maklumat palsu melalui SMS, blog dan Facebook.

Kononnya rakyat Malaysia perlu membayar kos penerbangan dari Jeddah ke Kuala Lumpur.

Sedangkan hakikatnya, kos pindahkan rakyat Malaysia dari Mesir percuma, ditanggung sepenuhnya kerajaan.


Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay: "Saya menegaskan di sini, semua rakyat Malaysia yang dibantu dari Jeddah ke KL, semua kos penerbangan ditanggung kerajaan Malaysia. Ada pihak cuba putar belitkan perkara sebenar. Tak ada apa-apa bayaran yang dikenakan kepada pelajar, kecuali kalau pelajar itu sendiri nak pergi negara lain, maka dibayar mereka. Kalau Malaysia destinasinya, maka kita tanggung semuanya. Kerajaan Malaysia bayar."

"Esok, penerbangan pertama ke Kuala Lumpur, diikuti dengan penerbangan-penerbangan seterusnya. Semua yang ada di Jeddah, kita akan bawa ke Kuala Lumpur. Saya beri amaran tegas, jangan cuba putar belit perkara yang tak betul. Rakyat Malaysia pun jangan percaya pembohongan yang dilakukan sesetengah pihak di sana."

Sumber: TV3

No comments:

Post a Comment