14 February 2011

Krisis Mesir: Perbelanjaan pulang ke Mesir tanggungan sendiri - Kohilan

Ini mungkin berita yang agak mngecewakan untuk pelajar-pelajar Malaysia yg dibawa pulang oleh kerajaan Malaysia

14/02/2011 3:25pm

KUALA LUMPUR, 14 Feb. - Perbelanjaan pelajar yang ingin kembali ke Mesir bagi meneruskan pengajian mereka adalah di atas tangunggan sendiri, kata Timbalan Menteri Luar Senator A. Kohilan Pillay hari ini.

”... ini memang secara tradisi dipraktikkan di negara kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis angkat sumpah anggota Dewan Negara, di Parlimen di sini.

Bagaimanapun, Kohilan menasihatkan ibu bapa agar hanya menghantar kembali anak mereka ke Mesir selepas mendapat arahan daripada Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah walaupun keadaan di sana dilapor semakin baik.

"Tetapi kita belum nampak pulih sepenuhnya... setelah pulih sepenuhnya baru nasihat akan diberikan dan selepas itu pelajar-pelajar boleh pergi ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran,” katanya.

Kohilan turut meminta pelajar dan rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir terus berhati-hati. - Bernama