09 February 2011

MOVIE: HAQ The Movie Kurang Memberi Impak........






JUDUL: Haq

PENGARAH: Jumaatun Azmi & Cl Hor
PELAKON: Zul Huzaimy, Adi Putra, Nanu Baharudin, Fatimah Abu Bakar dan Raja Farah
PENERBIT: Kasehdia Sdn. Bhd
GENRE: Aksi
Klasifikasi: U
Mula Tayangan: 27 Januari 2011

Sekali Imbas:
Filem bergenre aksi ini berkisarkan dua orang adik-beradik angkat yang mempunyai kuasa luar biasa. Konflik bermula apabila mereka diuji dengan keperitan hidup, godaan kemewahan, wanita dan ketidakpastian antara jalan yang betul atau salah dipilih mereka.

Ulasan Penuh:
Berlatarbelakangkan kisah superhero yang baik dan jahat, filem Haq menemui penonton baru-baru ini. Mendapat sentuhan daripada dua pengarah, CL Hor dan Jumaatun Azmi, Haq dilihat kurang memberi impak terhadap penonton.

Membuka kisah mengenai seorang kanak-kanak lelaki bernama Haq yang mempunyai kuasa luar biasa sama seperti ayahnya, kelebihan yang ada padanya itu membuatkan abang angkatnya Badrul Hisham berasa cemburu.

Tambahan pula, tumpuan dan perhatian orang terdekat kepada Haq membuatkan sifat dengki dan iri hati Badrul padanya meluap-luap. Perasaan benci itu menyebabkan Badrul melarikan diri dari kampung hingga dewasa dan tampil semula dalam kehidupan Haq untuk membalas dendam.
Persoalan demi persoalan timbul sepanjang menonton filem berdurasi 90 minit itu. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan jalan cerita yang tergantung, kelemahan penggunakan visual dan pelbagai lagi aspek lain dalam filem itu, disajikan seolah-olah serba tidak kena, sekaligus membuatkan penonton resah sepanjang menyaksikan filem tersebut.

Sebagai contoh, Badrul yang melarikan diri sejak kanak-kanak pulang ke Malaysia dalam keadaan mewah. Tidak dirungkai ke mana hala tuju Badrul, alih-alih pulang dalam keadaan yang stabil dan hebat.
Bukan itu sahaja, kekeliruan yang tercipta sepanjang menonton Haq, Badrul yang bertahun-tahun hilang, kemudiannya tampil turut sama mempunyai kuasa luar biasa sama seperti Haq pula. Sedangkan sebelum ini tidak pula ditunjukkan kuasa yang ada padanya.

Memang payah untuk mengerti namun bagi mengetahui pengakhiran filem tersebut dilayani juga ianya sehingga ke akhir masa.

Selain itu, babak-babak merimaskan antaranya aksi diranjang Badrul dan Zara serta aksi-aksi Badrul cuba mengoda wanita lain rasanya tidak perlu diketengahkan kerana agak lucu apabila diperhatikan gayanya.
Membariskan Zul Huzaimi, Adi Putra, Nanu Baharudin, Fatimah Abu Bakar dan Raja Farah selaku penghiasi utama, tidak keterlaluan jika dikatakan persembahan mereka antara penyelamat filem tersebut.
Meskipun berlegar-legar pelbagai persoalan, Haq dikatakan sengaja menampilkan segala kelemahan itu kerana segalanya akan terjawab pada sekualnya kelak.

Namun kalau edisi yang sulung pun diragui bagaimana pula penonton mahu datang kembali menyaksikan kesinambungan filem tersebut selepas ini.

Sinopsis:
Haq berkisarkan tentang Haq, seorang pemuda penyayang dan jujur yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan kelebihan kuasa ghaib (Kharomah) dan Badrul (Bad) yang merupakan seorang yang bijak yang juga merupakan adik angkatnya. Haq berupaya untuk mengalihkan objek dengan mengunakan kuasa mindanya.
Bapa Haq, Haji Ibrahim bukan sahaja mendidik Bad seperti anaknya malah mengambil kedua orang tua Bad untuk bekerja dengannya. 
Bad kesal, dia hanya menyalahkan takdir dan keadaan dan mempersoalkan kenapa Haq mempunyai kuasa sedangkan dia hanya seorang anak kepada pembantu rumah. Bapa kandung Bad yang bertahun-tahun menderita sakit meninggal dunia walaupun berkali-kali telah cuba dirawati oleh Haji Ibrahim.
Bad menjadi lebih marah kerana kegagalan bapa angkatnya itu menyembuhkan penyakit ayahnya dan juga kepada takdir kerana dia tidak mempunyai kuasa untuk mengubah keadaan sekelilingnya. Dengan kemarahan ini jugalah beliau menyalahkan semua orang serta Tuhan, malah telah bersekongkol dengan ilmu hitam dan syirik kepada Allah.

Bad lalu menghilangkan diri, masa berlalu, Haq telah menceritakan segala-galanya tentang kematian ibunya kepada ayahnya semasa Haji Ibrahim sakit tenat.

Kepulangan Bad ke kampung semasa hari pengkebumian Haji Ibrahim mengejutkan semua pihak. Bad, kemudian telah membawa Haq dan pembantunya Aina ke kota lalu mengambil Haq sebagai rakan kongsinya.
Haq mula dapat menghidu kehadiran kejahatan yang bersembunyi di dalam diri Bad dan kebenaran tentang kematian Haji Ibrahim juga terserlah. Bad juga telah menunjukkan belangnya. Haq terpaksa mencari kekuatan dan keberanian untuk berhadapan dengan kebenaran dan keputusan itu akan merubah hidup mereka selama- lamanya.

3 comments:

  1. pg tgk kat ipoh parade isnin lepas...
    12 org aje tgk...
    mcm mane la filem melayu nak maju ek??

    ReplyDelete
  2. pengarah filem sendiri ckp cite da x mcm cite sebenar sbb byk babak yg kena potong sbb tapisan... isk3...

    ReplyDelete
  3. erm itu la nsin filem melayu, sume kena tapis kaw2 filem2 luar xde plak kena mcm 2 bile msuk malaysia....

    ReplyDelete