Pages

03 February 2011

Krisis Mesir: Update Dari Website Akhbar

BERNAMA - Penerbangan Kaherah-KLIA Ditukar Kepada Penerbangan Ulang Alik Kaherah-Jeddah


Kumpulan pertama rakyat Malaysia dijangka tiba di Jeddah malam ini
Oleh Veena Rusli

2011/02/03


KOTA KINABALU: Kumpulan pertama kira-kira 600 rakyat Malaysia yang dibawa keluar dari Mesir hari ini dijangka tiba di Jeddah malam ini waktu tempatan, susulan langkah kerajaan memindahkan mereka berikutan keadaan yang semakin meruncing di Kaherah. 



Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata pada masa sama, tiga pesawat C-130 dijadual mendarat di Jeddah pada jam 4.45 petang, 5.55 petang dan 7.28 malam ini waktu tempatan.


"Tiga pesawat berkenaan akan melakukan penerbangan ulang-alik antara Jeddah-Kaherah-Iskandariah mulai jam 6 pagi waktu tempatan esok kerana perlu direhatkan selama 24 jam terlebih dulu.

"Operasi membawa rakyat kita keluar secara berperingkat dari Kaherah ke Jeddah hari ini dibuat menggunakan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia sebelum ditambah dengan C-130 esok. 


"Di Jeddah, rakyat Malaysia ditempatkan di bangunan milik Tabung Haji dan kita sediakan keperluan asas terutama makanan dan bekalan perubatan," katanya pada sidang media di sini, hari ini. 


Beliau berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, turut berada di Kaherah bagi menyelaraskan operasi penempatan sementara rakyat Malaysia di Jeddah. 


Mengulas rasionalisasi pemindahan ke Jeddah, beliau berkata, ia bagi menjimatkan masa penerbangan kerana keutamaan kerajaan ialah memastikan setiap rakyat Malaysia diselamatkan sebelum dibawa pulang ke tanah air. 


"Jika pesawat terus terbang dari Kaherah ke Kuala Lumpur, ia akan mengambil masa sedangkan kita perlu membawa keluar rakyat dalam jumlah yang besar. 


"Dalam situasi genting seperti ini, kita perlu berlaku adil kepada semua dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengarahkan supaya kita mengekalkan perancangan membawa mereka ke Jeddah," katanya. 



Selain itu, katanya, faktor kebenaran menggunakan ruang udara dan mendarat juga perlu diambil kira berikutan banyak negara mengambil langkah mengeluarkan rakyat masing-masing pada masa hampir serentak. 



"Ada yang mempersoalkan kononnya kerajaan lambat bertindak sedangkan kita ada prosedur tertentu kerana ini membabitkan aspek keselamatan dalam skop yang luas. 



"Kita juga perlu merencana perjalanan dengan teliti berikutan arahan perintah berkurung yang dilaksanakan kerajaan Mesir di semua bandaraya utama negara itu," katanya. 



Anifah berkata, kapal KD Bunga Mas 5 juga sudah bergerak dan kini dilapor berada di pelabuhan Ain Shukna sebelum dijadual tiba ke Mesir pada 5 Februari ini bagi membantu urusan membawa keluar rakyat Malaysia. 



Beliau menjelaskan, urusan mengeluarkan kira-kira 11,000 warga Malaysia dari Mesir dijangka dapat diselesaikan dalam lima hari. 



"Sebaik semuanya disahkan sudah selamat, kita akan uruskan pula untuk membawa mereka kembali ke tanah air," katanya sambil menambah kementerian turut berkongsi maklumat dengan pelbagai agensi bagi mendapat perkembangan terkini krisis di Mesir. 


Tiada kes rompak, rogol babitkan pelajar Malaysia: Duta
Daripada Nazmi Yaakub

2011/02/03


KAHERAH: Kedutaan Besar Malaysia mengesahkan tiada kes rompakan atau rogol membabitkan pelajar Malaysia di Mesir sepanjang kekacauan yang melanda negara itu. 



Duta Besar Malaysia ke ini, Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti, berkata semua pelajar Malaysia di Mesir selamat kerana segala langkah keselamatan yang perlu sudah diambil.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Berita Harian di sini sebentar tadi.





Warga Malaysia di UAE tawar penginapan kepada pelajar dari Mesir

03/02/2011 4:40pm

DUBAI 3 Feb. - Rakyat Malaysia yang menetap di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) telah membuka kediaman mereka untuk pelajar Malaysia yang cuba meninggalkan Mesir ekoran tindakan rakyatnya mengadakan demonstrasi jalanan bagi mendesak Presiden, Hosni Mubarak meletak jawatan.

Sukarelawan kini menawarkan kemudahan penginapan kepada pelajar berkenaan sementara menunggu ibu bapa atau penjaga mereka mendapatkan tiket penerbangan untuk pulang ke Malaysia menerusi beberapa lapangan terbang di negara Teluk ini.

"Maklum balas di kalangan penduduk Malaysia di sini amat menggalakkan... bukan sahaja mereka yang tinggal di Dubai tetapi juga wilayah lain seperti Sharjah, Abu Dhabi dan Ras Al Khaimah,” kata Presiden Persatuan Malaysia di UAE (My-UAE), Rusli Leman, ketika dihubungi. - Bernama

No comments:

Post a Comment