10 March 2014

MH370 S.A.R : Submarine Support and Rescue Vessel : MV Mega Bakti


Baru-baru ini, Singapura telah menyuarakan pertolongnya untuk menghantar sebuah DEEP SEA SUBS RESCUE (tetapi ramai yang menyangka ia adalah sebuah kapal selam perang) yang dilancarkan dari kapal MV Swift Rescue milik RSN. Ia adalah bertujuan bagi mengesan bangkai pesawat yang berada di laut dalam dan mencari Black Box pada pesawat yang terhempas. Black Box ini sangat penting bagi siasatan NTSB dan DCA Malaysia dalam mencari punca nahas.
Submarine Support and Rescue Vessel (SSRV) ini bagaimanapun telah dimiliki oleh Malaysia sejak pengoperasian Scorpene Submarine. Ia adalah kapal sokongan yang menjadi satu keperluan sangat penting bagi mana-mana negara yang mengoperasikan kapal selam dan mampu menjadi Submarine SAR (SUBSAR) untuk menyelamat mana-mana kapal selam yang karam di lautan dalam. Namun, dalam masa yang sama juga, ia boleh digunakan bagi operasi SAR terhadap kapal terbang atau kapal lautan yang karam ke dalam laut bagi mengesan bangkai kapal dan membantu siasatan punca nahas.
Pengoperasian robotic submarine bukanlah suatu yang baru bagi TLDM. Sebelum ini Mahamiru Class telahpun mengoperasikan Olister SUV (Submarine Unnamed Vehicle) bagi tugas mengesan periuk api. Bagi MV Mega Bakti pula, ia sudah cukup sekadar ROV (dalam gambar kecil) bagi sokongan bawah permukaan, namun kapal ini tidak memiliki Submarine Escape and Rescue (SMER) seperti mana yang dimiliki oleh MV Swift Rescue.
MV Mega Bakti antara kapal bantuan yang dihantar ke lokasi bagi mengesan Kehilangan MH370