PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunaikan solat Jumaat dan solat hajat bagi keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir di Masjid Negara, hari ini. - Foto Mohd Khairul Helmy |
3,600 rakyat Malaysia dipindah menjelang 6 pagi
04/02/2011 5:05pm
KOTA KINABALU 4 Feb. - Seramai 3,600 rakyat Malaysia di Mesir akan dipindahkan ke Jeddah, Arab Saudi menjelang 12 malam ini (waktu Mesir) atau 6 pagi waktu Malaysia.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pemindahan yang bermula sejak semalam itu melibatkan tiga pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia dan empat pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia. - Utusan
Perintah berkurung dan hak pendaratan sulitkan operasi
04/02/2011 5:02pm
KUALA LUMPUR 4 Feb. - Misi ”Ops Piramid” untuk memindahkan lebih 11,000 rakyat Malaysia di Mesir berhadapan dengan kekangan perintah berkurung dan hak pendaratan di lapangan terbang terlibat.
Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay berkata, perintah berkurung yang sebelum ini bermula dari pukul 4 petang hingga 8 pagi keesokannya kini telah dipercepatkan kepada pukul 1 petang.
"Kita terpaksa bergerak cepat untuk memastikan ramai pelajar dan rakyat kita (Malaysia) dapat dipindahkan kerana waktu yang ada begitu terhad dan ketika itulah kita nak bawa semuanya ke lapangan terbang,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, hak pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah juga agak sukar diperolehi akibat daripada keadaan tegang di Mesir.
Kohilan berkata, operasi hari ini akan mula bergerak ke kawasan luar Kaherah antaranya ke Iskandariah, Mansura, Tanta, Zagazig serta daerah lain untuk memindahkan rakyat Malaysia. - Bernama
Sumber : Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment