Pages

10 February 2011

IPcalypse :Seluruh Dunia Kehabisan IP Address (IPv4)


Seluruh dunia kini gempar bahawa IP Adress Version 4 (IPv4) yang diperuntukkan untuk kegunaan seluruh dunia iaitu sebanyak 4.3 bilion alamat hampir habis. Ianya dikatakan telah habis pada 2 Februari sekitar 4 pagi. IP address adalah umpama cap jari bagi setiap peralatan gajet elektronik yang memerlukan capaian ke internet dan juga agar ia dapat berkomunikasi antara satu sama lain.
Keadaan IPv4 pada ketika ini amat runcing dan dianggarkan hanya tinggal 2% sahaja lagi. Walaupun begitu, pakar IT di seluruh dunia mengatakan anggaran itu sudah tidak tepat dan sekarang mungkin sudah terlalu sedikit disebabkan terdapat banyak permintaan terhadap IP Address.
Jika tiada alamat IP bagi sesebuah komputer, maka capaian ke internet adalah mustahil kerana data yang dihantar kepada server memerlukan alamat untuk data balasan sampai dari server ke komputer anda.
Walaupun begitu, tiada perkara yang tidak diingini akan berlaku seperti kapal terbang terhempas, server meletup dan sebagainya. Jangan berimaginasi sebegitu rupa. Cuma disini dapat dilihat pencapaian terpenting sepanjang hayat internet. Dimana satu IP addres adalah untuk satu gajet elektronik berkeupayaan capaian ke internet termasuklah laptop, komputer, handphone, dan sebagainya.
Untuk mengatasi masalah itu, IPv6 (IP version 6) telah direka dan berkeupayaan 128bit.
Dave Evans, Chief Technologist of the Internet Business Solutions Group at Cisco, wrote in to advise that “it’s closer to 50 thousand trillion trillion addresses per person.”
Jumlah yang dinyatakan oleh Dave Evans adalah untuk IPv6. Ianya sangat banyak berbanding IPv4 yang hanya berkeupayaan 32bit dan jika dilakukan perkiraan matematik, hanya 4bilion alamat IP sahaja yang mampu ditampung.

Dan ketika ini, banyak pembekal, pembekal laman web dan mana-mana syarikat yang berkait rapat dengan internet sedang berusaha menukar protokol IP mereka kapada IPv6.
Bagi anda semua, elakkanlah guna sistem pengoperasian yang lama kerana mungkin tidak support IPv6 dan hasilnya mungkin satu hari nanti anda tidak akan dapat melayari internet.
untuk mereka yang concern pasal perkara nh boleh ikuti twitter IPv4 countdown.

No comments:

Post a Comment