SITUASI TERKINI DI MESIR
5 FEBRUARI 2011
Situasi terkini di Mesir masih tegang berikutan keganasan dan pertempuran yang tercetus di antara penyokong pro – Presiden Hosni Mubarak dengan penyokong anti-kerajaan terutamanya di bandar raya Kaherah dan Iskandariah di dalam protes yang dinamakan “Day of Departure”.
Perintah berkurung yang telah dikenakan oleh Kerajaan Mesir di semua bandaraya utama di Kaherah telah dilonggarkan kepada pukul 6.00 petang sehingga 8.00 pagi.
Gerakan pemindahan (evacuation) sedang dilaksanakan.
Semua rakyat Malaysia yang berada di Mesir adalah dilaporkan selamat.
Jumlah keseluruhan rakyat Malaysia yang telah di evakuasi sehingga jam 1.30 tengah hari, 5 Februari 2011 adalah 2,336 orang.
Sejumlah 2,000 orang dijangka dapat di evakuasi pada penghujung hari ini, 5 Februari 2011.
Dijangkakan seramai 11,000 orang rakyat Malaysia akan dipindahkan dari Mesir menjelang Isnin, 7 Februari 2011.
Kesemua rakyat Malaysia telah ditempatkan di Kompleks Tabung Haji di Madinatul Al Hujjaj, Jeddahyang boleh menempatkan seramai 4,000 orang.
Terdapat seramai 161 pelajar Malaysia di Mesir, yang sedang bercuti di luar negara telah terkandas, masing-masing berada di Damsyik, Syria; Istanbul, Turki; Dublin, Ireland; London, Britain dan Paris, Perancis. Usaha sedang dilakukan dengan kerjasama MKN untuk menguruskan penghantaran pelajar-pelajar ini pulang ke Jeddah atau balik ke Malaysia.
Wisma Putra, PUTRAJAYA
5 Februari 2011
Link-link Untuk Semak Nama Warga Malaysia yg Telah Selamat Di Bawa Keluar
No comments:
Post a Comment