Pages

08 February 2011

Krisis Mesir: Situasi Di Mesir

Mubarak mungkin ke Jerman untuk 'lawatan perubatan'



2011/02/08

BERLIN: Majalah Jerman, Der Spiegel hari ini melaporkan bahawa persiapan sedang dibuat untuk lawatan Presiden Mesir, Hosni Mubarak ke negara itu bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut kesihatannya. 

Khabar angin bahawa Mubarak akan tiba di Jerman untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bertambah kuat sejak beberapa hari lalu, lapor majalah itu dalam edisi online.
“Perbincangan dengan beberapa hospital yang sesuai sedang diusahakan, khususnya di Klinik Max-Grundig di Buhl di Wilayah Bade-Wurtemberg," kata akhbar itu yang memetik sumber yang rapat dengan klinik berkenaan.
Bila ditanya mengenai kemungkinan lawatan Mubarak, jurucakap kerajaan Jerman, Steffen Seibert berkata: “Setakat ini tiada permintaan rasmi atau tidak rasmi mengenai kedatangannya." 

Mubarak, yang masih berdepan dengan kempen penunjuk perasaan yang memintanya berundur, sebelum ini pernah menjalani rawatan sekurang-kurangnya dua kali di Jerman. - AFP 





Naib Presiden Mesir didakwa rapat dengan Israel: WikiLeaks 

2011/02/08

LONDON: Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman dilaporkan mempunyai hubungan rapat dengan tentera Israel dan negara Yahudi itu dikatakan gembira sekiranya beliau dilantik sebagai ketua negara berkenaan.

Ia pendedahan menerusi kabel diplomat Amerika Syarikat (AS) yang disiarkan akhbar Telegraph, hari ini.
Pada 2008, memo diplomatik AS yang dibocorkan kepada akhbar di Britain oleh laman internet WikiLeaks melaporkan, David Hacham, penasihat kepada Kementerian Pertahanan Israel memberitahu pegawai AS bahawa Israel mengjangkakan Suleiman yang namanya dieja sebagai "Soliman" akan mengambil alih sebagai pengganti Presiden.
“Hacham amat menyanjungi Soliman," kata laporan itu.

"Hacham juga menegaskan bahawa Israel percaya Soliman sekurang-kurangnya akan dilantik sebagai presiden interim sekiranya Mubarak mati atau digulingkan," katanya. - AFP

Sumber : Berita Harian

No comments:

Post a Comment