02 April 2011

Pesta Jom Makan Durian

Sape yang x suke makan durian ????? Mesti semua suka kan. Jadi pada hantu2 durian yang berdekatan dekat area Ipoh, Taiping, Kuala Kangsar, Bukit Gantang bloleh la pg join pesta makan durian dekat R&R Bukit Gantang miggu depan....Ak maybe pg gak kot....

Petikan Berita

Bayar RM9.90 makan durian puas di Hentian Bukit Gantang

 Dengan hanya membayar RM9.90 seorang, orang ramai boleh menikmati seberapa banyak durian pada Pesta Jom Makan Durian anjuran PLUS Expressways Bhd pada 9 dan 10 April ini.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat PLUS, Khalilah Mohd Talha berkata, pesta itu akan diadakan di hentian Bukit Gantang arah utara dari 10 pagi hingga 5 petang.

Kanak-kanak bawah tujuh tahun tidak dikenakan bayaran manakala bagi mereka yang hendaklah membeli durian di situ, mereka diberi diskaun 50 peratus, katanya.

Orang ramai juga boleh menyertai pertandingan makan durian, meneka berat dan ulas durian.
Khalilah berkata 10 tan durian dari kawasan Bukit Gantang akan dibawa ke pesta berkenaan yang dianjurkan sejak 2007 sempena musim buah durian di kawasan sekitar Bukit Gantang.

"Ia bertujuan mempromosi buah-buah tempatan di hentian Bukit Gantang sebagai salah satu destinasi penjualan buah-buah tempatan di Lebuhraya PLUS,” katanya. - Bernama


UPDATE >>> 4 Hari je lagi ni.... pg jgn x pg....

No comments:

Post a Comment