19 March 2011

ALERT : Sijil halal JAKIM

Berita yang mengejutkan untuk umat Islam di Malaysia....

Petikan dari Utusan Online.


51 syarikat digantung Sijil Pengesahan Halal – Jamil Khir


PUTRAJAYA 18 Mac – Sebanyak 51 syarikat digantung Sijil Pengesahan Halal (SPH) mereka kerana melakukan pelbagai kesalahan melanggar piawaian halal Malaysia bagi tahun 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, daripada jumlah itu sebanyak enam syarikat telah ditarik balik taraf SPH oleh panel pengesahan halal dan tidak dibenarkan menggunakan logo halal.

Bagaimanapun katanya, 23 syarikat lagi telah dikembalikan SPH selepas panel pengesahan halal berpuas hati dengan tindakan pembetulan syarikat terbabit sebagaimana diarahkan, manakala 22 syarikat lagi masih dalam tindakan pembetulan.

"Rekod tersebut merupakan hasil 1,384 pemantauan yang dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 1,077 bagi kategori produk makanan, 267 premis makanan di hotel dan restoran, 38 rumah sembelih dan dua pemantauan di kawasan gudang.

"Pemantauan tersebut dibuat ekoran pihak Jakim menerima pelbagai aduan daripada pengguna berhubung penyalahgunaan logo dan juga sijil halal,” katanya selepas menghadiri majlis penyerahan kad kuasa pelantikan penolong pengawal perihal perdagangan kepada pegawai Jakim di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 di sini hari ini. – Bernama

Jadi untuk kepastian sila layari laman  HALAL MALAYSIA untuk senarai syarikat dan badan yang mendapat pengiktrafan sijil Halal dari JAKIM....

No comments:

Post a Comment