11 November 2011

Seorang guru, tiga murid maut nahas lebuh raya dekat Tg Malim


 KUALA LUMPUR, 11 Nov — Seorang guru dan tiga murid maut dalam kemalangan membabitkan bas yang mereka naiki melanggar sebuah treler di KM382 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Hentian Rehat dan Rawat Behrang, Tanjung Malim, awal pagi ini.

Laporan media tempatan menyebut kemalangan itu berlaku sekitar 4.30 pagi.

Bas berkenaan dilaporkan membawa rombongan murid dan guru SMK Air Merah Kulim, Kedah, dan dalam perjalanan ke Genting Highlands.

Jurucakap polis trafik dan lebuh raya dipetik Berita Harian Online dan The Star Online berkata lima lagi cedera parah dan berada dalam keadaan kritikal.

Kawasan adalah kawasan yang kerap berlaku kemalangan jalan raya, terutama waktu malam.

 
Mereka yang meninggal dunia;
- Siti Hajar Mohamed, 33 tahun (Guru Ekonomi) – Kota Sarang Semut, Kedah
- Khairul Anwar Azhan (Pelajar Tingkatan 3)
- Maysara Zaidi, Taman Angsana (Pelajar Tingkatan 3)
- Basarah Saad ,45 tahun (orang awam yang membantu mangsa kemalangan)