31 May 2011

Karnival ICT Perak Bersama Upin & Ipin di Stadium Indera Mulia, Ipoh

Buat pertama kalinya Karnival Upin & Ipin bakal berkunjung ke negeri Perak. Karnival Upin & Ipin yang disatukan bersama Karnival ICT Perak di bawah penganjuran K-Perak bakal menggegarkan warga Ipoh pada 3 hingga 5 Jun 2011 di Stadium Indera Mulia.
Seronok tau kawan-kawan. Nak tahukenapa? Salah satu sebabnya ialah kawan-kawan boleh melihat rumah Opahyang sebenar di karnival ni. Rumah Opah bersaiz sebenar ni lengkap dengan ruang tamu, bilik Upin & Ipin, dapur, bilik Opah dan juga Kak Ros. Bolehlah kawan-kawan lihat apa yang ada dibilik-bilik ni nanti. Manalah tahu boleh jumpa dengan Opah. Ha, seronokkan?
Selain itu, keunikkan karnival ini ialah persembahan Multimedia mengenai Upin & Ipin di angkasa lepas. Klip animasi ini belum pernah ditayang dimana-mana lagi dan eksklusifnya dihasilkan untuk karnival ini saja. Kawan-kawan bakal menyaksikan animasi ini di dalam inflatable dome terbesar. Wah, canggihkan? Nampakpun karnival ICT, mestilah canggih.
Bukan itu saja yang menarik. “Perarakan Animasi” yang penuh warna warni juga bakal dianjurkan secara besar-besaran yang melibatkan penyertaan pelajar-pelajar dari Ipoh. Peserta akan berarak dengan berpakaian seperti watak di dalam siri Upin & Ipin mengikut pelbagai tema yang disediakan.
Macam-macam lagi acara menarik yang telah diatur. Jadi, kawan-kawan jangan lupa nak ajak emak dan ayah datang sekali nanti tau. Kalau perlukan sebarang bentuk bantuan, hubungi talian 03-5511 0012 ataupun emel –kelabupindanipin@lescopaque.com

No comments:

Post a Comment