31 January 2011

Segamat & Gemas Banjir ???

Huuhhuhuuh....
Risaunye ak..... dah la org tersayang ada kat sane... Hopefully sume selamat...


Video dr Fb






Image satelit....


Petikan dari Berita Harian
Banjir di Johor ragut 2 nyawa, 28,900 dipindahkan

2011/01/31

LABIS: Banjir di Johor meragut dua nyawa, kedua-duanya wanita dengan 28,900 mangsa dipindahkan di 192 pusat pemindahan di seluruh negeri sehingga 8 pagi tadi. 

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata mangsa yang terkorban dari Kampung Rahmat, Kulai dan Kampung Chaah, Segamat.



Beliau berkata, mangsa yang dipindahkan itu adalah terdiri daripada 6,854 keluarga.
“Segamat, Johor Bahru dan Kluang kini adalah daerah yang paling teruk dilanda banjir dan hujan dijangka berterusan sehingga esok,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. 

Sementara itu, semua hubungan ke Daerah Segamat kini lumpuh manakala laluan ke Muar, Johor Bahru dan Kuala Lumpur di kedua-dua hala turut ditenggelami air. 

Laluan ke Pekan Labis yang semalam dinaiki air kini sudah surut tetapi kawasan pinggir daerah itu masih digenangi air. 




Petikan dari mStarOnline
1, 339 Mangsa Banjir Dipindahkan Di Segamat, Batu Pahat
LABIS: Seramai 1,339 penduduk daripada 313 keluarga di Segamat dan Batu Pahat dipindahkan ke pusat penempatan sementara akibat banjir berikutan hujan lebat melanda beberapa kawasan itu pada Ahad.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor, Mohamad Yusri Hashim, berkata sehingga pukul 1 tengah hari tadi, sebanyak 16 kampung dinaiki air di daerah Segamat dan sebuah kampung di Yong Peng, Batu Pahat.
Katanya kesemua mangsa dipindahkan ke 17 pusat pemindahan iaitu balai raya dan sekolah di sekitar kawasan yang terbabit dengan bencana itu.
"Setakat ini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan," katanya dalam kenyataan di sini.
Mohamad Yusri berkata di Batu Pahat empat mangsa dari satu keluarga di Kampung Haji Kamisan, Yong Peng pula dipindahkan ke balai raya kampung berkenaan.
Selain itu, katanya, beberapa kawasan juga terputus hubungan akibat banjir dan antaranya ialah Kampung Orang Asli Selai, Jalan Labis-Tenang, Ladang Labis Utara, Jambatan Sekolah Menengah Kamarul Arifin, Labis dan Jambatan Ladang Voules, Labis.
Katanya Sungai Segamat sehingga pukul 1 tengah hari tadi mencatatkan paras bacaan 9.75 meter iaitu paras bahaya manakala paras amaran dicatatkan di Sungai Sungai Segamat Kuala, Sungai Muar di Buluh Kasap, Sungai Muar di Kampung Jijah, Sungai Labis.- BERNAMA


Amaran Hujan lebat Oleh Jbtn Meteorologi






Gambar sekitar banjir di Segamat & Gemas...












Update  >>>>>

Perkhidmatan KTMB ke timur dan selatan hari ini dibatal
31/01/2011 1:43pm


KUALA LUMPUR 31 Jan. – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini membatalkan beberapa perkhidmatan tren ke selatan dan timur Semenanjung berikutan kejadian banjir dan tanah runtuh di antara Bahau dan Tampin di Negeri Sembilan, hingga ke Kluang, Johor.


KTMB dalam satu kenyataan di sini berkata, perkhidmatan yang terbabit ialah Ekspres Rakyat dari KL Sentral-Singapura/Singapura-KL Sentral, dan Ekspres Sinaran Timur dan Kuala Lipis-Singapura/Singapura-Kuala Lipis.


Bagi perkidmatan Gemas-Singapura, penumpang akan dibawa dengan bas dari Gemas ke Kluang sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura, manakala bagi perkhidmatan dari Singapura ke Gemas, perkhidmatan akan berhenti di Kluang sebelum penumpang dibawa dengan bas ke Gemas.


Penumpang yang terjejas akibat pembatalan itu boleh membuat pertukaran tarikh perjalanan atau menuntut pemulangan tiket di kaunter KTMB yang berhampiran, kata kenyataan itu.


Untuk pertanyaan, orang ramai boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di talian 1-300-88-5862. – Bernama




mStarOnline
Isnin Januari 31, 2011

Orang Ramai Dinasihat Tidak Lalui Jalan Labis-Segamat
LABIS: Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Johor menasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan laluan Labis-Segamat, khususnya jambatan Kampung Lembah Bakti, Jalan Taman Tenang di sini, berikutan keadaan arus deras banjir.
MKN dalam kenyataan kepada Bernama di sini, berkata arus deras itu adalah berbahaya kepada semua kenderaan.
Pekan Labis kini dilanda banjir besar selepas hujan lebat turun tanpa henti sejak awal pagi.
Keadaan hujan dan banjir itu turut menjejaskan hari pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di sini, yang berlangsung, Ahad.
Selain Labis, hujan lebat dan sekali-sekala renyai yang turun secara berterusan sejak enam hari lepas turut menyebabkan beberapa kawasan lain di Johor seperti Segamat, Yong Peng dan Ayer Hitam dilanda banjir.
Sementara itu, menurut beberapa penduduk yang ditemui di sini, banjir kali ini jauh lebih buruk berbanding bencana serupa yang berlaku pada 2006.

No comments:

Post a Comment