Pages

Showing posts with label TUDM. Show all posts
Showing posts with label TUDM. Show all posts

05 February 2011

Krisis Mesir: Update Dari Website Akhbar

12 pesawat bagi percepat pemindahan pelajar di Mesir

2011/02/05

KAHERAH: Sebanyak 12 pesawat akan digunakan bagi mempercepatkan proses pemindahan pelajar Malaysia di Mesir ke Jeddah dalam operasi 24 jam hari ini, kata Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab. 

Beliau berkata, antara pesawat yang akan digunakan itu adalah Boeing 747 Malaysia Airlines (MAS) dan Air Bus AirAsia selain Angkatan Tentera Malaysia.
"AirAsia telah membuat keputusan untuk menambah lagi penerbangannya, jadi saya rasa perkara ini akan dapat dicapai," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau proses pemindahan itu dilakukan dalam tempoh 24 jam berikutan ada penerbangan sebelum ini yang tergendala akibat beberapa masalah. 

"Kita nak kejar masa sebenarnya dan oleh itu, bagi mempercepatkan proses pemindahan pelajar ini, kita akan buat operasi selama 24 jam," katanya. 

Beliau berkata seramai 4,000 pelajar akan dipindahkan ke Jeddah hari ini dengan menggunakan pesawat milik ATM, AirAsia dan MAS. 

Mohamed Thajudeen berkata kapal Tentera Laut Diraja Malaysia Bunga Mas 5, yang telah tiba di Pelabuhan Kaherah, diletakkan dalam keadaan bersiap sedia dan akan digunakan bila perlu. - BERNAMA 



C-130 mampu terbang 21 kali seminggu: Panglima Operasi


2011/02/05

KUALA LUMPUR: Pesawat Hercules C-130 milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) yang terbabit dalam misi membawa keluar pelajar Malaysia dari Kaherah, Mesir ke Jeddah, Arab Saudi mampu terbang maksimum tiga kali sehari membawa kira-kira 200 orang setiap penerbangan. 

Panglima Operasi TUDM, Leftenan Jeneral Datuk Ackbal Abdul Samad, berkata tempoh penerbangan dari ibu negara Mesir itu ke Jeddah memakan masa tiga jam dan pesawat memerlukan dua jam lagi untuk memunggah barang dan menurunkan penumpang serta mengisi minyak.
"Jika kita terpaksa menggunakan pesawat itu tanpa henti dalam masa seminggu dari Kaherah ke Jeddah, kita mampu membuat 21 penerbangan menggunakan satu pesawat dan di sana kita sekarang ada tiga pesawat jenis ini," katanya kepada ketika dihubungi hari ini.
Ackbal berkata, Jeddah dikenalpasti sebagai lokasi terdekat misi "Ops Piramid" yang dilancarkan kerajaan untuk membawa keluar lebih 11,000 rakyat Malaysia terdiri daripada pelajar dan pekerja terus ke pusat transit di Jeddah. 

"Dalam jarak kira-kira 1,000 batu nautika (1,217 kilometer), pesawat ini mampu berulang alik dengan membawa muatan penumpang kira-kira 200 orang pada satu-satu masa," katanya. 

Beliau berkata, tiga pesawat yang digunakan untuk operasi itu mula diperolehi TUDM pada era 70an dan 90an dan masih digunakan pada hari ini serta berfungsi dengan baik. 

Tiga buah pesawat itu dihantar ke Kaherah untuk menerbangkan pelajar dan pekerja Malaysia keluar dari Mesir yang sedang bergolak akibat desakan rakyat supaya Presiden Hosni Mubarak berundur. 
Ratusan ribu rakyat Mesir mengadakan demontrasi di beberapa bandaraya utama Mesir sejak sepuluh hari lalu. 

Rusuhan dan pertempuran antara puak yang pro dan anti-Mubarak memuncak pada Jumaat apabila tempoh yang diberikan pembangkang kepada Mubarak supaya berundur tamat. 

Sebelum ini, Ketua Misi itu, Kolonel Abdul Mutalib Wahab, berkata jumlah pelajar yang mampu dibawa keluar sehari menggunakan pesawat itu ialah kira-kira 1,800 orang. - BERNAMA 


Sumber : Berita Harian


Krisis Mesir : TUDM Rancang Lakukan Sembilan Penerbangan Antara Mesir Dan Jeddah Sehari

KAHERAH: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berharap dapat melakukan sekurang-kurangnya sembilan penerbangan ulang-alik bagi membawa rakyat Malaysia keluar dari Mesir ke Jeddah menggunakan tiga pesawat C-130 Herculesnya.
Ketua misi Kolonel Abdul Mutalib Wahab berkata setiap pesawat berupaya membawa 200 orang bagi setiap penerbangan, menjadikan jumlah keseluruhan 1,800 dapat dibawa keluar oleh TUDM setiap hari sehingga operasi selesai.
Bermula pada Sabtu operasi akan berjalan tanpa henti dan ketiga-tiga pesawat akan berlepas dari Jeddah selang sembilan jam setiap hari, katanya.
TUDM berjaya memulakan operasi pertama membawa keluar rakyat Malaysia dari Kaherah dan Iskandariah pada Jumaat selepas berhadapan dengan pelbagai rintangan termasuk mendapatkan kebenaran mendarat, kata Abdul Mutalib.
Penerbangan sulung TUDM itu berlepas dari Jeddah pada pukul 3.55 petang (waktu tempatan) dan mendarat di Kaherah pada pukul 7 malam (waktu Jeddah) pada Jumaat.
Sejurus mendarat, krew misi ini disambut Duta Malaysia ke Libya, Dzulkepli Mohd Nor yang bertindak selaku penyelaras serta Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab.
Seramai 150 pegawai dan anggota TUDM terlibat dengan misi tersebut.
Sementara itu Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay berkata operasi membawa keluar rakyat Malaysia dari Kaherah kini mencapai tahap sepenuhnya dengan sasaran mengangkut sekurang-kurangnya 3,000 orang sehari. - BERNAMA